Hi semua, assalamualaikum!
Thank you guys sebab spend your time and come again ke blogshop I.
Berwajah baru, okay tak? Simple and minimalist. Hehe.
Berwajah baru, okay tak? Simple and minimalist. Hehe.
So, today I nak story macam mana I boleh kenal dengan Young Living (YL) ni. Tajuk macam suspens, terjebak. Macam terlibat benda buruk je. Haha. Tapi, sebenarnya benda baik! Firstly, FYI, YL kat Malaysia this year tahun ke-5. Boleh katakan baru jugak lah. And ada yang dah tahu, dah pernah guna pun YL ni kan. Ada jugak yang tak tahu langsung pun tentang kewujudan YL. I? Termasuk dalam kategori tak pernah tahu tulah. Hehe.
Eh, jap. Before that, I ni spesies yang minat business even degree study dulu bidang engineering. Jauh sangat kan field tu. Haha. I start seriously join online business ni tahun 2015, by jual barang baby. Kebetulan pulak that time I tengah pregnant my first baby and mood excited dengan barang baby tu tak payah cakap lah. Biasalah, kan first time mom. Haha. Since I ni jenis tak berapa minat business yang perlu keluar modal, wajib restock each month etc, maka I pun pilih untuk buat dropship je. I jual barang baby macam botol susu, breastpump, stroller, stroller pad, swaddles, baby carrier, and semua yang related lah. Bestttt. Rasa happy je waktu tu, sebab buat benda yang kita suka kan.
Actually, its a satu cara jugak untuk I release stress my Master study yang serabut. Hehe. Income boleh dapat dalam RM700-RM1000 per month. Banyak sangat dah masa tu. Ya lah, buat dropship je kot. Postage semua stockist yang settle kan. Tugas I cuma promote, dapat customer, submit details to stockist. Tak susah sangat pun. Ohh ya, lupa. I jual kat instagram, @harrazbabysite. That time memang famous instagram as medium untuk online business. I still rasa instagram is the best medium untuk business till now sebab kita just search guna hashtag (#). Online business wajib ada akan sentiasa berkepit dengan handphone. Nak edit poster, update post kat social media and kadang tu tengah reply PM customer. Orang lain sometime fikir yang kita ni asyik main phone je. Sedangkan tengah buat kerja. Hanya yang dalam field online business je faham, so bertabah lah ya. Haha.
Kira-kira, ada lah dalam 2 years jugak I buat dropship barang baby tu kan. And sampailah tahun 2017, bila mana munculnya Shopee. Ramai customer dah start move to Shopee. Tambah lagi, awal dulu kan Shopee banyak bagi free postage. Memang berbaloi sangatlah beli kat sana. And kat Shopee pun mostly semua stockist besar, so they can jual on cheaper price compare to dropshipper ikan bilis macam I ni. Sale I dah start berkurang. Lama-lama, I pun dah slow down business barang baby tu. Hehe. But, instagram tu masih ada. Takkan delete and takkan tukar nama, sebab itu sempena nama anak-anak I, harrazsiblings. For now kat @harrazbabysite, I buat free iklan untuk anyone yang nak letgo barang baby and mommy.
Okay. Back to cerita how I terjebak dengan YL. Mine is different from others. Biasanya, orang cari YL sebab essential oils (EO) nya yang famous. I terbalik. I cari YL sebab I nak buat business. Sebab apa business YL? Entah lah, tak tau nak cakap. Nak kata sebab income, tak jugak. Sebab tak pernah jumpa lagi distributor YL tunjuk income secara terang-terangan kat social media. Kat Facebook I, tak ada pun lagi yang promote YL compare to others (just contoh : Tupperware, Shaklee). Kawan-kawan yang dah guna tu rasanya ada. Ada nampak beberapa post kawan-kawan. Tapi, I memang suka jual benda yang orang lain tak jual sangat.
Since I ni peminat tegar shopping via instagram, mula lah sessi menscroll #younglivingmalaysia di instagram. Haha. So, I pun PM lah few seller tanya about YL ni. Tentang YL products and business plan, cara untuk buat income dengan YL. Dalam banyak seller yang reply, I pilih my upline sekarang. Sebab dia reply cepat & I suka her instagram. Cantik and well organized. [Oh yaa, OCD detected] Haha. Dia kata package yang berbaloi is ambil Premium Starter Kit (PSK), sebab dah ada sekali 12 essential oils with free membership. RM715 lagi masa tu, sekarang dah jadi RM750.
Then, bermulalah pembentangan budget kepada husband. Ya lah, I am not working lagi for now. Haruslah dari dia budgetnya. Hihi. Alhamdulillah, lulus setelah beberapa kali re-viva by phone. Kebetulan pulak on that time dia tengah kerja, just boleh contact by phone. So, I proceed beli PSK Dewdrop diffuser. Sebab dapat lagi extra 2 botol EO Lemon and Lavender.
Few days later, taraaaaa! Dah sampai my first box of Young Living!
Young Living Dewdrop PSK
and I dah officially jadi member untuk team #cerealoiler Young Living. If korang beli YL from me, korang pun automatic jadi member #cerealoiler. Mine, boleh guna #oilleumyleo untuk search info.
So nanti, I share pulak apa yang I dah explore dengan PSK Young Living ni so far.
Till next post!







No comments:
Post a Comment